Pages

Thursday 24 October 2013

KERTAS 3 SEJARAH SPM (Soalan 8)

Soalan 8

Rumusan

Pengetahuan yang diperoleh
·         Malaysia mengambil langkah-langkah yang dinamis untuk memastikan negara-negara terus bersaing di peringkat antarabangsa
·         Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Malaysia dalam  bidang politik, ekonomi dan sosial telah menjadi contoh bagi beberapa buah negara Dunia Ketiga
·         Sejarah membuktikan betapa penting sebuah negara maju menjalin hubungan dengan negara luar bagi menjamin kesejahteraan nagara
·         Perkembangan semasa memainkan peranan penting dalam menentukan dasar luar Malaysia
·         Malaysia menjalinkan hubungan dengan semua negara di dunia

Iktibar kepada diri
Berdasarkan pengetahuan yang diperoleh:
·         Iktibar kepada diri ialah kita perlu sentiasa bekerjasama antara satu sama lain
·         Kita perlu berusaha untuk memastikan hubungan tersebut terjalin dengan baik
·         Kita juga perlu proaktif dalam melakukan sesuatu untuk kebaikan semua

Iktibar kepada bangsa
·         Bangsa Malaysia harus bersikap positif dalam menjalankan hubungan dengan semua bangsa di dunia
·         Setiap masalah haruslah ditangani secara berhemah, rasional dan secara rundingan
·         Bangsa Malaysia harus mengamalkan nilai-nilai murni supaya disegani oleh masyarakat dunia

Iktibar kepada negara
·         Negara harus menjalinkan hubungan dengan semua negara untuk keamanan sejagat
·         Malaysia harus bertindak proaktif bagi kemajuan negara
·         Malaysia perlu tegas dalam penentuan dasar luarnya agar tidak ditindas oleh negara luar

Harapan kepada masa depan negara
·         Agar Malaysia menjadi sebuah negara maju setanding dengan negara-negara lain
·         Supaya Malaysia muncul negara yang aman makmur di persada dunia











Memperkaya ilmu berkaitan dasar luar
Memiliki semangat patriotisme/ cinta akan negara
Menanamkan jati diri
Memperoleh idea baru untuk meningkatkan kemajuan negara
Mempertahan kedaulatan negara
Sila rujuk Buletin
 Ed 1,2 dan 3
 
Kerjasama penting untuk mencapai kejayaan
Semangat meneroka dalam pelbagai bidang
Mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara lain
Keamanan dunia bertambah baik
Berkongsi kepakaran dalam semua bidang
Malaysia menjadi negara maju / makmur
Taraf kehidupan rakyat meningkat
Pentadbiran negara mendapat pengiktirafan dunia
Mengukuhkan identiti negara dan bangsa Malaysia


0 comments:

Post a Comment