Pages

Tuesday 20 March 2012

SPM?


adakah anda begini kerana esok keputusan SPM akan keluar?


walau apa pun perasaan anda ketika ini...esk anda perlu menghadapinya dengan tenang..


 


Di sini terdapat sedikit TIPS untuk mengambil result dan diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu anda..=)

1. Sebelum keluar rumah, jangan lupa salam dengan ibu bapa untuk amik berkat dan doa dari mereka supaya dapat keputusan straight "A". jangan ler minta doa lulus exam je... straight "D" pun lulus juga..betul x?

2. Semasa dalam perjalanan ke sekolah, selawat atas nabi dan banyak kan berzikir memuji nama Allah. dan sambil tu kita selangi dengan doa dari Allah semoga dengan apa yang Allah kurniakan untuk kita, kita sentiasa redha dengan pemberian nya. Bersyukur dengan result yang akan diperolehi.

3. Sampai sahaja di sekolah, jangan jadi gelojoh sangat terus dapat kan Result Exam. Jumpa la guru-guru dahulu. Minta salam maaf dan berkat dari mereka. Jangan lupa! Guru juga ibarat ibu bapa ke- 2 selain dari ibu bapa kita di rumah.

4. Sepanjang beratur, pasanglah "nazar" (niat) jika Result Exam memberansangkan, anda nak berbuat sesuatu untuk Result tersebut. Contoh nya : Ya Allah, jika keputusan aku ini straight "A" aku mahu berpuasa selama seminggu / aku mahu sedekahkan makanan di masjid, dan sebagainya.

5. Sesudah dapat Result Exam, mulakan dengan kalimah bismillah dan redha apa yang anda terima.dan berkata lah dalam hati,
"INI LAH USAHA AKU SELAMA NI". ingat !!! jadikan pengajaran (pada result yang terlungkup) dan jadikan pendorong semangat (pada result yang mantapp) untuk EXAM di Universiti nanti.

6.  Tip terakhir ini adalah, jangan lupa sampaikan pada adik-adik anda bila sampai di rumah nanti.

"Adik, PMR nanti jangan main-main ya.Belajar sungguh-sungguh. Jangan jadi macam akak/abg kamu ni.
[ untuk yang dapat result hancur lebur. hahahhaaa ]

"Adik, cuba tengok result akak/abg. Hebat tak !!! akak/abg cabar adik lawan result akak/abg ni...akak/abg tahu adik mesti boleh buat mcm ni juga.....
[ untuk result superrbbbb dan memang mantop la ]



Sumber : di edit daripada http://www.armujahid.com