Pages

Sunday 26 February 2012

SEJARAH SMKBS

PIAGAM PELANGGAN SMKBS

Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelangganpelanggan
kami seperti berikut:

i) Murid                
_ Memastikan pendaftaran murid diselesaikan pada hari pertama persekolahan.
_ Memastikan semua murid mendapat meja dan kerusi pada hari pertama persekolahan.
_ Memastikan semua peralatan di dalam kelas berfungsi dan dapat dimanfaatkan oleh murid sepanjang sesi persekolahan.
_ Memastikan jadual waktu guru dan kelas diberi pada mesyuarat guru pertama agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan pada hari pertama persekolahan.
_ Memastikan murid yang layak, menerima buku teks pada minggu pertama persekolahan.
_ Memastikan jadual peperiksaan diedarkan dalam tempoh 30 hari selepas sesi persekolahan bermula.
_ Memastikan analisis peperiksaan dikeluarkan selewat-lewatnya 21 hari selepas peperiksaan tamat.
_ Memastikan murid menerima kad kemajuan dalam tempah 21 hari selepas peperiksaan tamat.
_ Memastikan semua murid melibatkan diri dalam aktiviti unit beruniform, persatuan / kelab dan sukan /permainan sepanjang sesi persekolahan.
_ Memastikan semua aduan pelajar disiasat serta merta atau selewat-lewatnya 7 hari selepas aduan diterima.
_ Memastikan Sijil Berhenti Sekolah murid dapat diedarkan pada bulan Disember.
_ Memastikan semua murid dilayan dengan adil setiap masa tanpa mengira bangsa dan agama.

ii) Staf (Guru dan Staf Sokongan Sekolah)
_ Memastikan semua guru dan staf menerima senarai tugas dan buku panduan pengurusan sekolah pada mesyuarat guru yang pertama.
_ Memastikan semua guru dan staf baru menerima senarai tugas dan buku panduan pengurusan sekolah pada hari pertama melaporkan diri.
_ Memastikan semua guru dan staf baru menjalani orientasi oleh pihak sekolah dalam tempoh 14 hari selepas melapor diri.
_ Memastikan guru dan staf baru yang melaporkan diri menerima gaji tidak lewat daripada dua bulan selepas melaporkan diri.
_ Memastikan kebajikan guru dan staf diberi keutamaan sepanjang masa.
_ Memastikan bilik guru dilengkapi dengan kemudahan perabot dan peralatan yang sesuai sepanjang sesi persekolahan.
_ Memastikan guru diberi keutamaan mengajar mengikut pengkhususan masing-masing.
_ Memastikan perkembangan staf diberi secara berkala sepanjang tahun mengikut keutamaan tugas.
_ Memastikan guru dan staf yang cemerlang diraikan dalam majlis penganugerahan kecemerlangan peringkat sekolah.
_ Memastikan Jamuan Tahunan untuk guru dan staf sekolah diadakan sekali setahun.
_ Memastikan semua guru dan staf dilayan dengan adil dan saksama.

iii) Ibu Bapa / Penjaga
_ Memastikan ibu bapa / penjaga diberi perkhidmatan dan layanan mesra oleh staf sekolah sepanjang masa.
_ Memastikan ibu bapa / penjaga dimaklum tentang segala program / aktiviti sekolah dan sebarang perubahan takwim sekolah.





 PETA KE SMKBS












SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway (SMKBS) ditubuhkan pada 1 Disember 1994 untuk menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah di kawasan Bandar Sunway. Oleh sebab bangunan sekolah tidak dapat disiapkan, pelajar-pelajar baru ditempatkan di sesi petang di SMK  SS 17 Subang Jaya.

Pada 1 Disember 1995, SMKBS dengan bangganya telah berpindah secara rasminya ke bangunan sendiri di Jalan PJS 7/15, Bandar Sunway.  Bangunan sekolah dibina di kawasan seluas 5.98 hektar dan disiapkan dengan bantuan pihak Sungei Way Group. SMKBS telah dirasmikan pembukaannya oleh Menteri Pendidikan Malaysia , YB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak pada 8 April 1996.

Pada bulan Januari 1998, SMK Bandar Sunway merupakan salah sebuah sekolah yang terpilih di negeri Selangor untuk menganjurkan program Pendidikan Khas bagi murid-murid yang Bermasalah Pembelajaran di peringkat sekolah menengah. Program ini bermula dengan pengambilan pertama seramai 11 orang murid di bawah penyeliaan Pn. Juairiah bt Hj Johari, sebagai Penyelaras Kelas Pendidikan Khas. Pelajar-pelajar Kelas Khas telah bertambah dan kini (2017) terdapat 54 orang pelajar dengan 10 orang guru.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini , SMKBS telah memperlihatkan kemajuan yang amat pesat dalam pelbagai bidang. Kini, sekolah SMKBS telah menjadi sekolah Amanah dibawah naungan Yayasan Amir dan dibimbing oleh LeapEd.  Sekolah SMKBS telah menjadi 1 sesi dengan bilangan pelajar seramai 976 orang , 80 orang guru dan 10 orang staf sokongan. Prasarana dan kemudahan di sekolah ini menjadi semakin lengkap dan terdiri daripada sebuah dewan sekolah yang besar, makmal komputer dengan rangkaian 42 buah komputer internet, makmal vle frog dengan 41 buah netbook, 5 makmal Sains yang serba lengkap,3 bengkel Kemahiran Hidup, Pusat Sumber, Bilik Pendidikan Seni , Kantin , Surau, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Koperasi Sekolah, Bilik Rawatan, 2 anjung, Gelanggang badminton/sepak takraw dan padang permainan.

SMKBS diibaratkan sebagai Sekolah Dalam Taman, kerana Kompleks Sekolah yang ceria itu dikelilingi beberapa Taman Mini yang menarik di sekitarnya , di antaranya Taman Herba, Pondok Rekreasi dan 'Twin Towers'.

Pengetua-pengetua yang pernah memimpin dan mentadbir sekolah ini dan telah bertungkus lumus membawa kemajuan seperti yang dikecapi hari ini terdiri daripada :
  • Pn. Jamaliah bt Rahmat ( Disember 1994-April 1998 )
  • Pn. Kartini bt Shuib (Mei 1998-Julai 1998)
  • Tn. Hj Abdul Fatah bin Hj Abdul Karim AMN (Ogos 98- 2003)
  • Pn. Hajah Noormah Bt Hj Karim (2003 - Disember 2007)
  • Pn. Hapsah Bt Safian (Disember 2007 -  September 2016)
  • Pn. Norjah Bt Yusop ( September 2016 - kini)

STRUKTUR ORGANISASI SMKBS 2017


PELAN BANGUNAN SEKOLAH





 LENCANA SEKOLAH






LAGU SEKOLAH







<<Pelajar Camerlang Sekolah Gemilang>>



Berdiri Megah Sekolahku Gagah


SMK Bandar Sunway Tercinta

Menjunjung ilmu Menjunjung Harapan
Menggapai Kejayaan

Ibu Bapa Kami Taati
Guru-guru Kami Hormati
Rakan Taulan Kami Sayangi
Bertekad Menuju Wawasan

Bersama Bersatu Mendukungi Misi Mulia
Akademik Cemerlang Sukan Kami Jaya
Disiplin Dijaga Keceriaan Tanggungjawab Kita
Pelajar Cemerlang Sekolah Gemilang
Mari Bersama Kita Berusaha
Berdisiplin Berilmu Berbudi Bahasa

Menuju Wawasan Kita
Sedarlah Kita Semua
Kita Harapan Nusa dan Bangsa



Lirik – Sarina bt Mohd Hamsani dan Saadiah bt Hassan 

Melodi – Yusri Abdullah


PRASARANA SEKOLAH 

 Tempat letak basikal


 Dewan Budiman


 Bilik Disiplin



 Bilik KH -ERT



 Bilik Guru



 Kantin


 Bilik kaunseling



 Kedai Buku



 Kiosk KUM


 Koperasi


 Makmal komputer




 Pejabat


 Padang 




 Bilik Pengawas



Pusat Sumber 


 Makmal Sains


Surau lelaki

Surau Perempuan




SENARAI NAMA KAKITANGAN SOKONGAN 






En Wan Shaid
Ketua Pembantu Tadbir



Cik Maznah binti Kasim
Pembantu Tadbir P/O







Cik Nor Maziah binti Abdul Rashid
Pembantu Tadbir P/O





 
En Ariffin bin Hambali
Pembantu Operasi





 Pn Padmini a/p Kumaran
Pembantu Awam




Pn Maizatul Afzan binti Che Wak
Pembantu Makmal



Pn Nor Aini binti Abni Hajar
Pembantu Makmal 


Nor Fazilah bt Samsi
Pembantu Makmal


Zuriyana bt Abdul Karim
Pembantu Makmal

Saizatul Akma bt Ahmad Puad 
Pembantu Pengurusan Murid 

Ahmad Hanafi bin Zainal 
Pembantu Pengurusan Murid

Siti Khadijah bt Sallehuddin 
Pembantu Pengurusan Murid


    0 comments:

    Post a Comment