TARIKH; 21 JUN 2013
MASA : 8.10 PG- 10.30 PAGI
TEMPAT: DEWAN BUDIMAN
Showing posts with label kurikulum. Show all posts
Showing posts with label kurikulum. Show all posts
Monday, 1 July 2013
Friday, 28 June 2013
Tarikh Pengambilan Report Card
Hai semua,
- Tarikh pengambilan kad kemajuan (Report Card) telah di tunda ke hari SELASA ( 9 Julai 2013) iaitu bersamaan dengan sambutan Hari Koperasi Sekolah.
- Diharapkan para pelajar dapat memberitahu kepada ibubapa/ penjaga masing-masing.
- Surat pemberitahuan akan diedarkan pada minggu hadapan.
Thursday, 21 March 2013
KEPUTUSAN SPM 2012 DIUMUMKAN
Dengan bangganya diumumkan terdapat peningkatan keputusan SPM 2012
berbanding dengan tahun sebelumnya.

Keputusan SPM 2012 telah diumumkan
pada 21 Mac 2013
Kelihatan bekas pelajar SMK Bandar Sunway
berpusu-pusu masuk ke pintu sekolah untuk mendapatkan keputusan yang dinantikan.
Masa untuk berjumpa dengan guru tingkatan dan rakan kelas selepas lama bercuti,
Thursday, 12 July 2012
Program Ecosave Science & Environment Anjuran CIMB Islamic


JOM WARGA SMKBS MEMBAWA SISA MAKANAN DAN LETAKKAN DI DALAM BALDI YANG TELAH DISEDIAKAN~
Thursday, 28 June 2012
Friday, 11 May 2012
Program Bertemu Pelanggan Bersama Ibu Bapa dan Guru SMK Bandar Sunway 2012
Tarikh. : 13 Mei 2012
Hari. : Ahad
Masa. : 8.00 pg hingga 12.30 tengah hari
Tempat. : Dewan UMNO Kg Lindungan (Belakang Medan Selera ARENA)
Semua ibu bapa / penjaga pelajar SMK Bandar Sunway di sekitar Kg Lindungan, Desa Ria dan Desa Mentari di jemput hadir bagi membincangkan prestasi akademik anak masing-masing. Turut hadir pada hari tersebut termasuklah YDP PIBG, Naib YDP, semua AJK PIBG dan guru-guru SMK Bandar Sunway. Kerjasama semua amat dihargai.
Kepada bekas pelajar SMK Bandar Sunway yang mempunyai adik-adik yang masih bersekolah di SMK Bandar Sunway, anda di minta memaklumkan pekara tersebut kepada ibu bapa anda. Terima Kasih.
Thursday, 12 April 2012
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Tingkatan 1, 2012
Tingkatan 1, 2012
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Satu pendekatan pentaksiran bersifat holistik yang menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
PBS dalam konteks pentaksiran pendidikan Malaysia
1 Pentaksiran Pusat
2 Pentaksiran Sekolah
3 Pentaksiran Psikometrik
4 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
PBS – Akademik dan Bukan Akademik
Akademik
} Pentaksiran Pusat
} Pentaksiran Sekolah
Bukan Akademik
} Pentaksiran Psikometrik
} PAJSK
Pentaksiran Pusat
Pentaksiran pusat merupakan satu pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dengan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran dikeluarkan oleh LP.
Pentaksiran pusat merupakan satu pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dengan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran dikeluarkan oleh LP.
Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran sekolah merupakan satu pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dengan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan dan peraturan penskoran dibangunkan oleh sekolah berdasarkan dokumen dan panduan yang dikeluarkan oleh LEMBAGA PEPERIKSAAN.
Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran psikometrik merupakan satu ujian yang mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) murid dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
Pentaksiran Aktiviti Jasmani adalah pentaksiran yang mengukur dan menilai perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan murid. Panduan pentaksiran disediakan oleh LP bersama organisasi yang berkenaan dengan bidang kepakaran mereka.
Standard Prestasi
Pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan dimana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran
Kerangka Standard Prestasi
BAND | PERNYATAAN BAND |
6 | TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI |
5 | TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI |
4 | TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB |
3 | TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT |
2 | TAHU DAN FAHAM |
1 | TAHU |
#NOTA: SEBARANG MAKLUMAT LANJUT TENTANG PBS SILA HUBUNGI PIHAK SEKOLAH .
Tuesday, 10 April 2012
Perasmian Minggu PSS
Bertempat di Dewan Budiman SMKBS, Majlis Pelancaran Minggu PSS dan Program Nilam Peringkat Sekolah 2012 telah dirasmikan oleh Pengetua SMKBS, Pn Hapsah Bt Safian.
Tema Minggu PSS bagi tahun ini adalah "Transformasi Ilmu Melonjakkan Tamadun Negara". Program NILAM adalah singkatan bagi " Nadi Ilmu Amalan Membaca " merupakan program galakan membaca yang dijalankan di semua sekolah seluruh Malaysia. Setiap pelajar DIWAJIBKAN mengambil bahagian dalam program ini bagi melahirkan individu yang gemar membaca dan seterusnya wujud budaya membaca dalam masyarakat.

Simbolik perasmian Minggu PSS
Sunday, 11 March 2012
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 telah berlangsung pada 10 Mac 2012(Sabtu) yang lalu.
Antara usul yang dibincangkan adalah:
1) Mengadakan kelas tambahan
2) Menambahkan bilangan latihan kepada pelajar
3) Mengurangkan aktiviti sukan
4) Mengurangkan harga makanan di kantin
5) Mengadakan kelas motivasi untuk pelajar tingkatan 5
6) Menyediakan sebuah jam besar di tapak perhimpunan agar murid-murid menghargai masa
7) Memantau murid yang tiada tanda nama
8) Menyediakan tempat duduk yang banyak di kantin
9) Menyediakan tong sampah di setiap kawasan sekolah
10) Tandas murid harus dibaik pulih
11) Menyediakan meja dan kerusi yang baharu agar murid selesa untuk belajar
12) Menggantikan papan hitam yang rosak
13) Tanda dibuka seawal pagi
14) Kebersihan tandas ditingkatkan
15) Menyediakan locker untuk murid yang mempunyai masalah tulang belakang.
16) Mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan menambahkan bilangan pokok bunga
17) Mengutamakan keselamatan dan kebersihan sesuatu kawasan
18) Menggalakkan murid membuat kerja rumah
19) Sumbangan PIBG dinaikkan dari RM 35 - RM 50, ICTton untuk menambahkan dana PIBG dan ibu bapa bertanggungjawab mengambil anak pulang dari sekolah terutama murid sesi petang
Suasana semasa Mesyuarat Agung PIBG:
Antara usul yang dibincangkan adalah:
1) Mengadakan kelas tambahan
2) Menambahkan bilangan latihan kepada pelajar
3) Mengurangkan aktiviti sukan
4) Mengurangkan harga makanan di kantin
5) Mengadakan kelas motivasi untuk pelajar tingkatan 5
6) Menyediakan sebuah jam besar di tapak perhimpunan agar murid-murid menghargai masa
7) Memantau murid yang tiada tanda nama
8) Menyediakan tempat duduk yang banyak di kantin
9) Menyediakan tong sampah di setiap kawasan sekolah
10) Tandas murid harus dibaik pulih
11) Menyediakan meja dan kerusi yang baharu agar murid selesa untuk belajar
12) Menggantikan papan hitam yang rosak
13) Tanda dibuka seawal pagi
14) Kebersihan tandas ditingkatkan
15) Menyediakan locker untuk murid yang mempunyai masalah tulang belakang.
16) Mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan menambahkan bilangan pokok bunga
17) Mengutamakan keselamatan dan kebersihan sesuatu kawasan
18) Menggalakkan murid membuat kerja rumah
19) Sumbangan PIBG dinaikkan dari RM 35 - RM 50, ICTton untuk menambahkan dana PIBG dan ibu bapa bertanggungjawab mengambil anak pulang dari sekolah terutama murid sesi petang
Suasana semasa Mesyuarat Agung PIBG:
Perbarisan tabik hormat daripada badan beruniform
Pn Julia Bt Tasrip wakil PPD bersama Pn Hapsah Safian dan Pn Sakina Ibrahim
Ketibaan Madam Ong Chong Swen
Disambut oleh guru-guru SMKBS
Bersama-sama ibu bapa dan guru-guru menyanyikan lagu negaraku
Ucapan daripada YDP PIBG, Tuan DSP Hamzah B Hashim
Ucapan daripada Pn Hapsah Bt Safian, Pengetua SMKBS
Ucapan dan perasmian daripada Madam Ong Chong Swen
Penyampaian sijil kepada AJK PIBG sesi 2011/2012
Mesyuarat Agung PIBG sesi 2012/2013
AJK PIBG sesi 2012/2013
Jamuan ringan
Wednesday, 29 February 2012
Anugerah AJK Keceriaan Kelas Terbaik
Minggu ini, anugerah AJK Keceriaan telah disandang oleh Kelas 2E. Tahniah diucapkan kepada Pn Roshaslinda selaku guru kelas 2E. Bagi para pelajar sesi petang yang lain, teruskan kesungguhan dan kerajinan anda dalam melakukan tugasan anda dengan penuh tanggungjawab. Nantikan anugerah-anugerah lain yang bakal menanti pemenangnya...=)
Sunday, 26 February 2012
Thursday, 16 February 2012
ASIE Programme 1
Assist School In English Programme
About 40 Form 3 students are selected to participate in this programme.
Here are some snapshots of activities carried out during the session.
About 40 Form 3 students are selected to participate in this programme.
Here are some snapshots of activities carried out during the session.
- Great Ideas from Guru-guru Cemerlang
- Team teaching
- Active learning
- Multimedia presentation
- Cooperative learning
- Game based learning
- Fun
Subscribe to:
Posts (Atom)








































