Pages

Thursday 12 April 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Tingkatan 1, 2012

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Satu pendekatan pentaksiran bersifat holistik yang menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

PBS dalam konteks pentaksiran pendidikan Malaysia
1 Pentaksiran Pusat
2 Pentaksiran Sekolah
3 Pentaksiran Psikometrik
4 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

PBS – Akademik dan Bukan Akademik
Akademik
}  Pentaksiran Pusat
}  Pentaksiran Sekolah
Bukan Akademik
}  Pentaksiran Psikometrik
}  PAJSK

 Pentaksiran Pusat
      Pentaksiran pusat merupakan satu pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dengan peraturan pentaksiran,  instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan,  peraturan penskoran dikeluarkan oleh LP.


Pentaksiran Sekolah
            Pentaksiran sekolah merupakan satu pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dengan  peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan  dan peraturan penskoran dibangunkan oleh sekolah berdasarkan dokumen dan panduan yang dikeluarkan oleh LEMBAGA PEPERIKSAAN. 

Pentaksiran Psikometrik
            Pentaksiran psikometrik merupakan satu ujian yang mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) murid dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
Pentaksiran Aktiviti Jasmani adalah pentaksiran yang mengukur dan menilai perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan murid. Panduan pentaksiran disediakan oleh LP bersama organisasi yang berkenaan dengan bidang kepakaran mereka.
Standard Prestasi
Pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan dimana kedudukan  murid dalam perkembangan pembelajarannya. Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran
Kerangka Standard Prestasi

BAND
PERNYATAAN BAND
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
2
TAHU DAN FAHAM
1
TAHU

#NOTA: SEBARANG MAKLUMAT LANJUT TENTANG PBS SILA HUBUNGI PIHAK SEKOLAH .

0 comments:

Post a Comment