Pages

Thursday 24 October 2013

KERTAS 3 SEJARAH SPM (Soalan 5)

SOALAN 5/4
Faedah yang Malaysia dapat melalui hubungan serantau (10m)
·         Meningkatkan ekonomi Negara/jumlah pasaran dagangan meningkat.
·         Kestabilan politik/ keselamatan Negara terjamin.
·         Membanteras/ mengekang pengaruh komunis
·         Menyediakan kemudahan latihan/ pertukaran idea@teknologi
·         Meningkatkan hubungan persahabatan/ hubungan diplomatic
·         Meningkatkan taraf hidup penduduk
·         Perkongsian pintar dalam bidang IT,teknik dan kepakaran.
·         Semangat kerjasama dlm bidang kebudayaan dan sosial
·         Pertukaran pelajar melalui integrasi nasional
·         Mengukuhkan integrasi kewangan serantau.
·         Membangunkan Malaysia sebagai pusat rujukan kewangan islam.
·         Malaysia sebagai perantara dalam menyelesaikan isu-isu serantau.
·         Pengiktiran oleh Negara-negara serantau sebagai Negara yang aman dan maju.
·         Melahirkan modal insan yang berkualiti   melalui perkongsian ilmu.
·         Melahirkan masyarakat klauster yang mempunyai pendapatan tinggi.
·         Menggalakkan industry pelancongan.
·         Meningkatkan kerjasama dalam bidang perkapalan dan penerbangan.
·         Mewujudkan Zon Aman, bebas dan berkecuali/ bebas nuclear.




CONTOH 2

Malaysia menjalankan dasar berbaik-baik dengan semua negara termasuk dengan negara serantau.  Nyatakan matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia.
Jawapan:
     Antara matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia melalui dasar luarnya ilah bagi menjamin keselamatan rakyat dan negara.  Disamping itu ia juga bertujuan untuk memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara.  Ia juga bertujuan untuk menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.  Selain itu, matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.
CONTOH 3
Soalan 5
Jelaskan isu yang sering menggugat keharmonian hubungan baik dalam kalangan negara-negara serantau.
F1   Isu tuntutan Filipina keatas Sabah keranamenganggap Sabah sebahagiandaripadamilikKesultanan Sulu
F2   IsupelarianpolitikdariKembojadan Vietnam.
F3   Isupemerdaganganmanusiasepertipenyeludupanbayidanpelacuran.
F4   Isupendatangtanpaizin
F5   Pencerobohanperairannegaraolehnelayanasing.
F6  Isujerebuakibatpembakaranterbuka di Kalimantan dan Sumatera.
F6   Konflik Malaysia danSingapuraterhadaptuntutanPulauBatuPutih.
F7   KonflikwilayahSipadandanLigitan’
F8   Isu air antara Malaysia denganSingapura.
F9   IsuwilayahPattani
F10 Tuduhan Indonesia

KUMPULAN 5

Soalan 5
Jelaskan isu yang sering menggugat  keharmonian hubungan baik dalam kalangan negara-negara  serantau (10 m)

Antara isu yang sering menggugat keharmonian hubungan baik dalam kalangan  Negara-negara serantau ialah konflik wilayah Pulau Sipadan dan Ligitan. Isu ini merupakan satu isu yang  telah berlanjutan dalam  tempoh yang cukup lama. Malahan ICJ  telah membuat keputusan mengenai isu ini dengan mengambil masa sekitar  41 tahun untuk menyelesaikannya.

Selain itu, isu konflik  antara Malaysia dengan Filipina tentang tuntutan keatas Sabah.Isu ini telah dibawa ke  ICJ (International Court Justice) untuk diselesaikan.

Selain daripada isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih dengan Singapura , Malaysia juga berhadapan dengan pelbagai isu lain yang sering menggugat hubungan kedua-dua buah Negara seperti isu kastam, imigresen dan Kuarantin (CIQ) , Keretaapi di TanjungPagar, Isu air dan isuTambakLaut.

         
Di samping itu, setiap tahun kita sering menghadapi masalah jerebu kesan daripada pembakaran terbuka  di Kalimantan dan Sumatera untuk  aktiviti pertanian.Oleh itu, rundingan  perlu  diadakan antara  Negara jiran untuk mengatasi masalah  ini  agar hubungan baik Negara serantau dapat dikekalkan.

Pendatang tanpa izin juga merupakan satu isu yang sering dihadapi oleh Negara.
Ini berpunca daripada kemasukan pekerja asing tanpa  permit dan menggunakan  visa pelancong atau visa pelajar.

Oleh itu  orang Ramai Diharap dapat memberikan maklumat kepada pihak berkuasa tentang masalah  ini


0 comments:

Post a Comment