Pages

Thursday 24 October 2013

KERTAS 3 SEJARAH SPM (Soalan 4)

Kertas  3

Tugasan  4  Mengaplikasi

Contoh  1
Pada pandangan anda, apakah faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan pertubuhan serantau?

Faedah Melalui ASA

Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ialah dapat membendung pengaruh dan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) melalui kerjasama negara-negara anggota. Selain daripada itu Malaysia dapat menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Negara kita juga dapat kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi dikalangan negara anggota. Melalui pertubuhan ASA juga Malaysia dapat menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara.


Faedah Melalui MAPHILINDO

Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan MAPHILINDO ialah dapat meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara negara Filipina dan Indonesia.



Faedah Melalui ASEAN

Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan ASEAN ialah Malaysia dapat mengekalkan keamanan apabila negara-negara ASEAN diinstiharkan sebagai Zon Aman, bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) kerana keamanan dan kestabilan politik rantau Asia Tenggara. Melalui pertubuhan ASEAN, ianya juga akan dapat mewujudkan satu jumlah pasaran yang luas kerana penduduknya ramai. Negara kita juga dapat mengembangkan industri secara tidak langsung dapat mengembangkan ekonomi. Disamping itu Malaysia juga dapat memperolehi faedah dalam bidang pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Negara Malaysia juga dapat mengadakan festival kebudayaan dan kesenian melalui pertukaran rancangan televisyen dan radio. Semangat kesukanan dapat merapatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara serantau. Disamping itu sekor perlancongan berkembang melalui kerjasama pelancongan. Akhir sekali negara Malaysia dapat membendung pengaruh dan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM).



Contoh 2

Sebagai warga global yang bertanggungjawab, bagaimanakah negara Malaysia boleh menumbang kepada kesejahteraan serantau?

Jawapan  :

Sebagai warga global rakyat Malaysia perlu mengamalkan kehidupan bersatu padu dan mencintai keamanan. Setiap kaum mesti saling memahami dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah. Generasi muda Malaysia harus menghindari penyalah gunaan dadah dan menghormati hak asasi manusia. Sebagai warga negara Malaysia yang hebat mesti mematuhi undang-undang negara serta menolak gejala negetif. Selain itu warganegara Malaysia juga mesti secara suka rela melibatkan diri dalam misi kemanusiaan dan menghormati hak asasi manusia global. Nilai-nilai kasih sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi melahirkan generasi muda yang cintakan keamanan. Generasi Malaysia juga berusaha untuk menghindari pencerobohan kedaulatan negara-negara lain. Setiap wargenegara juga berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dan menentang kezaliman. Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain serta mengutamakan rundingan jika menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik dua negara. Seboleh-bolehnya negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan dan sentiasa mengamalkan semangat setiakawan bersifat sejagat. 




 Contoh 3

Terangkan bagaimana Malaysia memainkan peranan dalam memacu  perjuangan pertubuhan ASEAN

Kita  dapat menjalin hubungan baik dengan semua negara anggota serta mengambil bahagian dalam sukan SEA.. Selain itu sentiasa mewujudkan kerjasama dalam bidang politik ekonomi dan sosial  Kita juga cuba menyekat pengaruh menyekat pengaruh komunis.Bersedia menerima bantuan dari segi politik.Bersedia menerima bantuan dari segi ekonomi .Bersedia menerima bantuan dari segi social.Menyertai mesyuarat CHOGM / ketua-ketua kerajaan Komanwel
Menjadi tuan rumah mesyuarat CHOGM .Akur dengan ketetapan deklarasi Langkawi
Memberi bantuan teknikal  dan pendidikan kepada negara-negara anggota.Membantu menjaga keamanan seperti mana dilakuakan di Kampuchea.Usaha-usaha yang dilakukan oleh Malaysia termasuklah menubuhkan dan mengaktifkan ZOPFAN.   
Contoh 4

Jelaskan usaha-usaha Malaysia dalam mewujudkan keamanan serantau.

Jawapan:
·         Menjalankan dasar berbaik-baik dengan semua negara jiran
·         Menjalankan dasar anti komunis
·         menyertai pertubuhan negara-negara asiaTenggara (ASA)
·         Menyertai pertubuhan Maphilindo
·         Menyertai pertubuhan ASEAN
·         Deklarasi Kuala Lumpur 1971
·         Penubuhan ZOPFAN
·         Menyokong  keamanan dan kestabilan rantau  Asia Tenggara
·         Tidak bersekongkol dengan kuasa barat
·         Mengelakkan campurtangan asing
·         Tidak mencampuri  hal ehwal dalaman negara Asia Lain
·         Zon Bebas senjata Nuklear
·         Tidak benarkan kapal kuasa nuklear gunakan laluan Asia Tenggara
·         Hantar pasukan pemerhati ke Kampuchea pada 1990 di bawah panji PBB
·         Kerjasama dalam ekonomi
·         Projek baja urea di Bintulu
·         Terlibat dalam penubuhan AFTA
·         Menubuhkan kerjasama EAEC (Tun Mahathir)
·         Asean + 3 (Jepun , Korea  China)
·         Kerjasama sosial
·         SEAMEO
·         RECSAM
·         Sukan SEA
·         Tahun Melawat ASEAN
·         Piala SUZUKI
CONTOH  5
Soalan:
Setiap pemimpin Malaysia mempunyai dasar luar negara yang berbeza kerana mengikut perkembangan semasa. Jelaskan peranan pemimpin negara kita dalam menentukan halatuju hubungan serantau yang diwujudkan.
Jawapan:
            Dasar luar yang dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahap pertama adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Ini disebabkan oleh timbulnya krisis dengan negara jiran seperti Konfrontasi dengan Indonesia, terputusnya hubungan dengan Filipina dan keluarnya Singapura daripada Malaysia. Untuk memelihara hubungan dengan negara jiran, Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina. MAPHILINDO  pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
            Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Untuk mencapai matlamat tersebut, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau ZOPFAN bersama-sama dengan anggota negara ASEAN.
            Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.
            Dasar luar Malaysia pada tahap ketiga telah mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis-krisis Vietnam dan Kampuchea.








0 comments:

Post a Comment