Pages

Thursday 24 October 2013

KERTAS 3 SEJARAH SPM (Soalan 3)

SOALAN 3
Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam ASEAN
1. ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau. Jika
dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyak rancangan yang berjaya dilaksanakan
demi kebaikan bersama.
2. Dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November
1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang
dikenali sebagai, Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka sepakat mengisytiharkan negaranegara
ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau lebih dikenali sebagai Zone
of Peace, Free and Neutrality (ZOPFAN). Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk
mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol
dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasakuasa
besar.
3. Walau bagaimanapun, konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh
Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah
berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi
membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera
Norodom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan mesyuarat
ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.
4. Dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan
bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak akan
membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya
untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear. Pengisytiharan ini menunjukkan kepada
dunia akan komitmen negara-negara anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN.
5. Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun,
perkembangan ke arah kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara-negara ASEAN
telah membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea
di Bintulu (Sarawak) serta di Aceh (Indonesia). Kerjasama ekonomi ASEAN cuba difikirkan
melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA)
yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992.
6. Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop
kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea
Selatan. Idea ini yang telah dikemukakan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad
dinamakan Perundingan Ekonomi Asia' Timur atau East Asian Economic Caucus (EAEC).
Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara-negara maju terutamanya
Amerika Syarikat. Tetapi, usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaia kerana kerjasama secara
tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini
merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkon antara negara ASEAN dengan negaranegara
timur, iaitu China, Jepun, dan Korea. Menteri-Menteri Luar negara-negara ini
dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan.
7. Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri-
Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama
dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains
dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia.
8. Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang
kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan
menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen
dan radio dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara
negara melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan kerjasama dijalinkan
dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.
9. Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau

melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran. Ini jelas

0 comments:

Post a Comment