Pages

Thursday 24 October 2013

KERTAS 3 SEJARAH SPM (Soalan 2)

2. Terangkan faktor-faktor Malaysia menjalinkan hubungan di peringkat serantau (30 markah)

Faktor sejarah
Kesultanan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan negara luar
Contoh China, Arab, Siam dan negeri-negeri di Kepulauan Melayu
Hubungan ini berbentuk hubungan perdagangan
Jalinan hubungan ini kini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia
Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai Pertubuhan Komanwel
Meneruskan hubungan diplomatik dengan  Britain dan negara Komanwel lain
Seperti Australia, New Zealand
Malaysia diancam oleh Parti Komunis Malaya (PKM)
Ancaman ini menggugat keselamatan Malaysia
Mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan anti komunis
Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat
Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan

Faktor ekonomi
Mengamalkan pasaran bebas
Menjalinkan hubungan baik dengan negara lain
Negara membangun
Negara-negara Islam
Malaysia pengeluar bijih timah dan getah
Jalin hubungan ekonomi dengan negara maju
Britain dan Amerika Syarikat
Dasar Pandang ke Timur
Pelaburan dari negara-negara di Timur
Jepun dan Korea
Dapat meningkatkan ekonomi negara
Menyediakan peluang pekerjaan
Meningkatkan pasaran barangan Malaysia
Mengadakan pelaburan di negara maju, negara membangun dan negara Islam
                                                                                                                                                           
Faktor politik
mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri
Berdasarkan prinsip keamanan sejagat
Malaysia menekankan pemeliharaan kedaulatan negara lain
Dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat
Malaysia berpegang teguh pada prinsip dan Piagam PBB
bagi memelihara keamanan dunia
Malaysia tegas dengan pendiriannya
menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB
bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia


Faktor geografi
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara
Bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini
Seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei
Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia
Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia

Faktor demografi
Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam
Sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam
Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan Israel
Dasar negara berkenaan yang menceroboh
Menindas peribumi Palestin
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama
Bebas mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing
Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia
Malaysia menentang dasar Apartheid
Malysia tidak menjalinkan hubungan dengan Afrika Selatan
Sehinggalah Afrika Selatan menghapuskan Dasar Apartheid

Faktor kepelbagaian kaum di Malaysia mempengaruhi hubungan serantau Malaysia

0 comments:

Post a Comment