Pages

Thursday, 24 October 2013

KERTAS 3 SEJARAH SPM (Soalan 6)

Kertas  3
MENJANA IDEA
Contoh 6

Sebagai wargenegara yang cintakan keamanan, nyatakan harapan anda kepada pemimpin supaya keamanan serantau berkekalan?

Jawapan  :

Saya mengharapkan agar pengharaman penggunaan senjata nuklear dikalangan negara-negara maju  dikuatkuasakan secara serta merta. Perlumbaan senjata nuklear dikalangan negara-negara maju dihentikan. Peperangan yang melibatkan kematian ramai nyawa yang tidak berdosa dihentikan dan kuasa-kuasa barat juga perlu mengelakkan peperangan tercetus. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengamalkan kehidupan bersatu padu dan mencintai keamanan. Setiap kaum mesti saling memahami dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah. Generasi muda Malaysia harus menghindari penyalah gunaan dadah dan menghormati hak asasi manusia. Sebagai warga negara Malaysia yang hebat mesti mematuhi undang-undang negara serta menolak gejala negetif. Selain itu warganegara Malaysia juga mesti secara suka rela melibatkan diri dalam misi kemanusiaan dan menghormati hak asasi manusia global. Nilai-nilai kasih sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi melahirkan generasi muda yang cintakan keamanan. Generasi Malaysia juga berusaha untuk menghindari pencerobohan kedaulatan negara-negara lain. Setiap wargenegara juga berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dan menentang kezaliman. Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain serta mengutamakan rundingan jika menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik dua negara. Seboleh-bolehnya negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan dan sentiasa mengamalkan semangat setiakawan bersifat sejagat.  








Contoh
SOALAN 6: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH NEGARA SERANTAU DAN BAGAIMANA NEGARA KITA MENGATASI CABARAN TERSEBUT.
a)    CABARAN-CABARAN NEGARA SERANTAU

1.       Persengketaan akibat salah faham .
2.       Berkongsi kepentingan atau sempadan.
3.       Pencerobohan nelayan asing dalam perairan negara.
4.       Isu keselamatan maritime seperti tuntutan bertindih antara beberapa  Negara jiran seperti di selat Melaka, diperairan Johor,diperairan Gugusan Semarang Peninju (spratlys ), diperantauan Sulawesi dan juga ancaman penyusupan melalui Laut sulu oleh kumpulan militant abu Sayaf.
5.       Kemasukan pendatang asing tanpa izin.
6.       Demonstrasi jalanan.
7.       Menjana kemajuan Negara dari aspek politik,ekonomi dan social.
8.       Gejala rasuah.
9.       Penyeludupan dadah.
10.   Pemerdagangan manusia.
11.   Mendapat pengiktirafan dari negara maju.
12.   Masalah kemiskinan.
13.   Masalah pengangguran.
14.   Nilai mata wang turun naik.
15.   Teknologi atau kemudahan ICT terhad.
16.   Persaingan dari Negara-negara maju.
17.   Peluang menembusi pasaran antarabangsa.
18.   Pasaran terhad
19.   Tekanan nasionalisme agar Negara serantau diterima setaraf dengan Negara lain di dunia.
20.   Kemampuan kewangan yang terhad kerana Negara dalam keadaan serba kekurangan.Keadaan politik tidak stabil dan ekonomi yang begitu lemah.
21.   Rantau Asia merupakan rantau yang strategik tetapi lemah kerana kucar kacir dan berpecah belah.Ia merupakan tumpuan perebutan kuasa barat dengan komunis.
22.   Pelbagai isu yang timbul seperti perebutan sempadan.contoh:isu perebutan pulau batu putih antara Malaysia dengan singapura.
23.   Perbezaan pandangan ideology seperti Thailand terikat kuat dengan Amerika Syarikat, Filipina sebagai “Ranting Asia” Amerika Syarikat manakala Vietnam pula Nasional Komunis.
24.   Masalah PATI di Malaysia.
25.   Sektor buruh dimonopoli oleh warga asing.Contohnya di Malaysia.Terdapat ramai buruh asing yang bekerja di sektor pembinaan.
26.    Pengaliran wang negara ke negara luar.
27.   Tambakan laut oleh Singapura yang menyebabkan perairan Malaysia menjadi cetek.
28.   Penyeludupan subsidi minyak Malaysia ke Negara jiran iaitu Thailand.
29.   Masalah sosial yang dilakukan oleh warga asing.
30.   Ideologi politik yang berbeza dalam kalangan Negara  ASEAN.
31.   Dasar luar yang berbeza dalam kalangan Negara ASEAN.
32.   Dijajah oleh kuasa barat yang berbeza.


b)   BAGAIMANA MALAYSIA MENGATASI CABARAN
1 .Negara meningkatkan keupayaan dalam aspek keselamatan dan juga pertahanan maritime.
2. Merealisasikan wawasan 2020.
3.Menjayakan konsep 1 Malaysia.
4. Melahirkan modal insane berkualiti.
5. Memantapkan peranan masyarakat untuk mengatasi gejala social.
6.Malaysia telah mencadangkan isu Antartika sebagai warisan dunia,Dasar pandang Ke        
   Timur,Pelaburan Imbal balik untuk meletakkan Malaysia setaraf dengan dunia lain.
7.Untuk mengatasi masalah ekonomi terdapat kerjasama dalam bidang ekonomi seperti
   dalam bidang perkapalan dan penerbangan.
8.Pertukaran maklumat teknik kepakaran.menggalakkan pelancongan untuk meningkatkan
    ekonomi Negara serta menggalakkan pelaburan syarikat asing ke Malaysia.
9.Terdapat juga pertukaran tenaga pengajar dari Universiti Filipina dengan Universiti
   Malaya.
10.Penubuhan ZOPFAN.
11.Perjanjian SEANWFZ untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang bebas dari
    nuklear.
12.Menguatkuasakan Undang-undang.









TERANGKAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH NEGARA SERANTAU DAN BAGAIMANA NEGARA KITA MENGATASI CABARAN TERSEBUT.

Antara cabaran yang dihadapi oleh Negara-negara serantau ialah persengketaan akibat salah faham dikalangan Negara anggota.Selain itu Malaysia terpaksa berkongsi kepentingan atau sempadan seperti pencerobohan nelayan asing dalam perairan Negara dan isu keselamatan maritime seperti tuntutan bertindih antara beberapa  Negara jiran seperti di selat Melaka, diperairan Johor,diperairan Gugusan Semarang Peninju (spratlys ), diperantauan Sulawesi dan juga ancaman penyusupan melalui Laut sulu oleh kumpulan militant Abu Sayaf.Selain itu juga kemasukan pendatang asing tanpa izin untuk mencari peluang pekerjaan yang membawa kepada perkampungan haram. Negara serantau juga menghadapi masalah gejala rasuah,penyeludupan dadah,pemerdagangan manusia ,masalah kemiskinan dan masalah pengangguran.Cabaran seterusnya ialah nilai mata wang turun naik,teknologi atau kemudahan ICT terhad serta menghadapi persaingan dari Negara-negara maju danpeluang menembusi pasaran antarabangsa.


Antara langkah yang diambil oleh Malaysia untuk mengatasi cabaran diatasi ialah Negara meningkatkan keupayaan dalam aspek keselamatan dan juga pertahanan maritime bagi mengelakkan pencerobohan  nelayan asing dalam perairan Malaysia.Langkah kedua, merealisasikan wawasan 2020 untuk melahirkan modal insane yang berkualiti. seterusnya menjayakan konsep 1 Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum. Seterusnya, peranan masyarakat penting dalam bersama-sama mengatasi gejala social seperti penyalahgunaan dadah dan pemerdagangan manusia.Malaysia telah mencadangkan isu Antartika sebagai warisan dunia,Dasar pandang Ke  Timur,Pelaburan Imbal balik untuk meletakkan Malaysia setaraf dengan dunia lain.Untuk mengatasi masalah ekonomi terdapat kerjasama dalam bidang ekonomi seperti dalam bidang perkapalan dan penerbangan.Selain itu juga pertukaran maklumat, teknik kepakaran. Malaysia juga telah menggalakkan pelancongan untuk meningkatkan ekonomi Negara serta menggalakkan pelaburan syarikat asing ke Malaysia.Terdapat juga pertukaran tenaga pengajar dari Universiti Filipina dengan Universiti Malaya.Penubuhan ZOPFAN  dan  Perjanjian SEANWFZ untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang bebas dari nuclear.Akhir sekali Menguatkuasakan Undang-undang untuk mengekalkan keamanan dan kedaulatan Negara.

Isu dan masalah di peringkat ASEAN dan cara penyelesaian yang dibuat oleh Malaysia

a)      Isu dan masalah:
·         Isu pelarian Rohingya di Myanmar
·         Isu tuntutan Pulau Batu Putih oleh Singapura
·         Pencerobohan Lahad Datu oleh militan Suluk
·         Kemiskinan Negara anggota – Vietnam, Kemboja, Myanmar
·         Kebanjiran PATI ke Negara Malaysia
·         Isu membakar bendera Negara lain
·         Dadah
·         Pemerdagangan orang
·         Pencerobohan perairan antarabangsa

b)     Cara penyelesaian:
·         Perundingan meja bulat – peranan UNICEF
·         Penyelesaian melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa
·         Kerjasama ketenteraan antara dua Negara iaitu Malaysia dan Filipina
·         Kerjasama ekonomi dalam menarik kemasukan pelabur
·         Menghantar balik PATI yang datang  secara tidak sah
·         Menanam sikap kejiranan /muhibbah di kalangan rakyat
·         Kerjasama antara Negara anggota untuk membasmi dadah
·         Kerjasama ketenteraan dan dalam mengawasi pintu masuk Negara.
















CONTOH
CABARAN/ISU/MASALAH/HALANGAN/ANCAMAN YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA DALAM HUBUNGAN NEGARA SERANTAU
Antara cabaran yang dihadapi Malaysia adalah pencerobohan wilayah. Contohnya pencerobohan di Lahad Datu oleh kumpulan minoriti Filipina. Selain itu, Malaysia juga menghadapi cabaran apabila ruang udara dicerobohi oleh Singapura untuk melakukan latihan penerbangan.  Malah, telah berlakunya penyeludupan subsidi minyak secara besar-besaran di kawasan sempadan Malaysia – Thailand. Hal ini, menyebabkan negara terpaksa menanggung kerugian yang banyak.
Di samping itu, Malaysia turut berdepan dengan kebanjiran PATI dari negara-negara serantau misalnya kemasukan pembantu rumah asing dan buruh binaan dari Indonesia serta Filipina.  Sehubungan dengan itu, sektor perburuhan di Malaysia telah dimonopoli oleh warga asing. Hal ini sekali gus telah merugikan negara kerana berlaku pengaliran keluar wang secara berleluasa.
Sementelahan pula, aktiviti negara serantau seperti Singapura yang membuat tambakan laut berhampiran perairan negara telah menjadikan kawasan laut cetek, menghalang laluan kapal besar, menggugat mata pencarian nelayan serta menjejaskan aktiviti maritim negara. Malahan, isu lain yang turut mengancam keamanan negara adalah masalah sosial yang ditimbulkan oleh warga asing yang berhijrah ke sini. Contohnya, berleluasanya aktiviti jenayah. Isu pemerdagangan manusia turut menjadi ancaman besar kepada negara. 
Perbezaan pandangan ideologi turut menjadi satu isu besar. Contohnya Thailand terikat kuat dengan Amerika Syarikat, Filipina pula dianggap sebagai “Ranting Asia” Amerika Syarikat manakala Vietnam dikelompokkan sebagai  “National Communist”. 
Selain itu, antara isu besar yang turut dihadapi oleh Malaysia adalah tekanan nasionalisme negara serantau kerana pertubuhan serantau masih lagi dipandang rendah oleh pertubuhan antarabangsa yang lain. Malah, dalam hubungan ekonomi dua hala antara Malaysia dengan pertubuhan dunia, Negara Malaysia sering dikenakan syarat perdagangan yang tidak adil seperti cukai yang tinggi.
Kedudukan Malaysia yang berhampiran dengan Negara serantau turut menimbulkan ancaman lanun kepada penduduk setempat. Di samping itu, penyeludupan beras, mercun dan senjata api dari Negara-negara jiran atau serantau terpaksa dihadapi oleh Malaysia. Pelbagai isu lain turut timbul seperti perebutan sempadan. Contoh isu perebutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura serta konflik Pulau Sipadan dan Ligitan di Sabah.

 Langkah-langkah mengatasi:
-          Malaysia telah mencadangkan isu Antartika sebagai warisan dunia,Dasar pandang Ke Timur,Pelaburan Imbal balik untuk meletakkan Malaysia setaraf dengan dunia lain.
-          Untuk mengatasi masalah ekonomi terdapat kerjasama dalam bidang ekonomi seperti dalam bidang perkapalan dan penerbangan.
-          Pertukaran maklumat teknik kepakaran.menggalakkan pelancongan untuk mrningkatkan ekonomi Negara serta menggalakkan pelaburan syarikat asing ke Malaysia.
-          Terdapat juga pertukaran tenaga pengajar dari Universiti Filipina dengan Universiti Malaya.
-          Penubuhan ZOPFAN.
-          Perjanjian SEANWFZ untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang bebas dari nuclear.
-          Menguatkuasakan Undang-undang.



Langkah-langkah Mengatasi

            Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan isu yang sering menggugat hubungan baik dalam kalangan negara jiran ialah mengadakan rundingan diplomatik di antara ketua-ketua Negara. Selain itu, Pertubuhan ASEAN juga boleh memainkan peranan dengan mengadakan mesyuarat dikalangan Menteri.
            Dalam isu pemerdagangan manusia, kerjasama antara pihak polis dan pasukan keselamatan dalam kalangan Negara serantau direalisasikan. Contohnya gambar-gambar dan penjenayah di edar kepada pihak berkaitan.
            Berkaitan dengan isu pencerobohan Lahad Datu,peranan Kerajaan Filipina dengan tidak menyokong dan membantu kumpulan pengganas sangat dialu-alukan.
            Selain itu, isu pendatang asing tanpa izin dapat diselesaikan melalui rundingan antara Negara. Malaysia mengadakan rancangan Pemutihan dan peluang balik tanpa dikenakan tindakan.
            Malaysia juga menyerahkan isu tuntutan bertindih seperti isu Pulau Sipadan dan Pulau Batu Putih kepada Mahkamah Antarabangsa(ICJ) diselesaikan.
            Dalam isu alam sekitar iaitu isu jerebu, pasukan bomba Negara kita telah dihantar ke Indonesia untuk membantu usaha memadamkan kebakaran.

           


KERTAS 3 SEJARAH SPM (Soalan 5)

SOALAN 5/4
Faedah yang Malaysia dapat melalui hubungan serantau (10m)
·         Meningkatkan ekonomi Negara/jumlah pasaran dagangan meningkat.
·         Kestabilan politik/ keselamatan Negara terjamin.
·         Membanteras/ mengekang pengaruh komunis
·         Menyediakan kemudahan latihan/ pertukaran idea@teknologi
·         Meningkatkan hubungan persahabatan/ hubungan diplomatic
·         Meningkatkan taraf hidup penduduk
·         Perkongsian pintar dalam bidang IT,teknik dan kepakaran.
·         Semangat kerjasama dlm bidang kebudayaan dan sosial
·         Pertukaran pelajar melalui integrasi nasional
·         Mengukuhkan integrasi kewangan serantau.
·         Membangunkan Malaysia sebagai pusat rujukan kewangan islam.
·         Malaysia sebagai perantara dalam menyelesaikan isu-isu serantau.
·         Pengiktiran oleh Negara-negara serantau sebagai Negara yang aman dan maju.
·         Melahirkan modal insan yang berkualiti   melalui perkongsian ilmu.
·         Melahirkan masyarakat klauster yang mempunyai pendapatan tinggi.
·         Menggalakkan industry pelancongan.
·         Meningkatkan kerjasama dalam bidang perkapalan dan penerbangan.
·         Mewujudkan Zon Aman, bebas dan berkecuali/ bebas nuclear.




CONTOH 2

Malaysia menjalankan dasar berbaik-baik dengan semua negara termasuk dengan negara serantau.  Nyatakan matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia.
Jawapan:
     Antara matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia melalui dasar luarnya ilah bagi menjamin keselamatan rakyat dan negara.  Disamping itu ia juga bertujuan untuk memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara.  Ia juga bertujuan untuk menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.  Selain itu, matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.
CONTOH 3
Soalan 5
Jelaskan isu yang sering menggugat keharmonian hubungan baik dalam kalangan negara-negara serantau.
F1   Isu tuntutan Filipina keatas Sabah keranamenganggap Sabah sebahagiandaripadamilikKesultanan Sulu
F2   IsupelarianpolitikdariKembojadan Vietnam.
F3   Isupemerdaganganmanusiasepertipenyeludupanbayidanpelacuran.
F4   Isupendatangtanpaizin
F5   Pencerobohanperairannegaraolehnelayanasing.
F6  Isujerebuakibatpembakaranterbuka di Kalimantan dan Sumatera.
F6   Konflik Malaysia danSingapuraterhadaptuntutanPulauBatuPutih.
F7   KonflikwilayahSipadandanLigitan’
F8   Isu air antara Malaysia denganSingapura.
F9   IsuwilayahPattani
F10 Tuduhan Indonesia

KUMPULAN 5

Soalan 5
Jelaskan isu yang sering menggugat  keharmonian hubungan baik dalam kalangan negara-negara  serantau (10 m)

Antara isu yang sering menggugat keharmonian hubungan baik dalam kalangan  Negara-negara serantau ialah konflik wilayah Pulau Sipadan dan Ligitan. Isu ini merupakan satu isu yang  telah berlanjutan dalam  tempoh yang cukup lama. Malahan ICJ  telah membuat keputusan mengenai isu ini dengan mengambil masa sekitar  41 tahun untuk menyelesaikannya.

Selain itu, isu konflik  antara Malaysia dengan Filipina tentang tuntutan keatas Sabah.Isu ini telah dibawa ke  ICJ (International Court Justice) untuk diselesaikan.

Selain daripada isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih dengan Singapura , Malaysia juga berhadapan dengan pelbagai isu lain yang sering menggugat hubungan kedua-dua buah Negara seperti isu kastam, imigresen dan Kuarantin (CIQ) , Keretaapi di TanjungPagar, Isu air dan isuTambakLaut.

         
Di samping itu, setiap tahun kita sering menghadapi masalah jerebu kesan daripada pembakaran terbuka  di Kalimantan dan Sumatera untuk  aktiviti pertanian.Oleh itu, rundingan  perlu  diadakan antara  Negara jiran untuk mengatasi masalah  ini  agar hubungan baik Negara serantau dapat dikekalkan.

Pendatang tanpa izin juga merupakan satu isu yang sering dihadapi oleh Negara.
Ini berpunca daripada kemasukan pekerja asing tanpa  permit dan menggunakan  visa pelancong atau visa pelajar.

Oleh itu  orang Ramai Diharap dapat memberikan maklumat kepada pihak berkuasa tentang masalah  ini


KERTAS 3 SEJARAH SPM (Soalan 4)

Kertas  3

Tugasan  4  Mengaplikasi

Contoh  1
Pada pandangan anda, apakah faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan pertubuhan serantau?

Faedah Melalui ASA

Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ialah dapat membendung pengaruh dan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) melalui kerjasama negara-negara anggota. Selain daripada itu Malaysia dapat menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Negara kita juga dapat kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi dikalangan negara anggota. Melalui pertubuhan ASA juga Malaysia dapat menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara.


Faedah Melalui MAPHILINDO

Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan MAPHILINDO ialah dapat meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara negara Filipina dan Indonesia.



Faedah Melalui ASEAN

Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan ASEAN ialah Malaysia dapat mengekalkan keamanan apabila negara-negara ASEAN diinstiharkan sebagai Zon Aman, bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) kerana keamanan dan kestabilan politik rantau Asia Tenggara. Melalui pertubuhan ASEAN, ianya juga akan dapat mewujudkan satu jumlah pasaran yang luas kerana penduduknya ramai. Negara kita juga dapat mengembangkan industri secara tidak langsung dapat mengembangkan ekonomi. Disamping itu Malaysia juga dapat memperolehi faedah dalam bidang pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Negara Malaysia juga dapat mengadakan festival kebudayaan dan kesenian melalui pertukaran rancangan televisyen dan radio. Semangat kesukanan dapat merapatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara serantau. Disamping itu sekor perlancongan berkembang melalui kerjasama pelancongan. Akhir sekali negara Malaysia dapat membendung pengaruh dan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM).



Contoh 2

Sebagai warga global yang bertanggungjawab, bagaimanakah negara Malaysia boleh menumbang kepada kesejahteraan serantau?

Jawapan  :

Sebagai warga global rakyat Malaysia perlu mengamalkan kehidupan bersatu padu dan mencintai keamanan. Setiap kaum mesti saling memahami dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah. Generasi muda Malaysia harus menghindari penyalah gunaan dadah dan menghormati hak asasi manusia. Sebagai warga negara Malaysia yang hebat mesti mematuhi undang-undang negara serta menolak gejala negetif. Selain itu warganegara Malaysia juga mesti secara suka rela melibatkan diri dalam misi kemanusiaan dan menghormati hak asasi manusia global. Nilai-nilai kasih sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi melahirkan generasi muda yang cintakan keamanan. Generasi Malaysia juga berusaha untuk menghindari pencerobohan kedaulatan negara-negara lain. Setiap wargenegara juga berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dan menentang kezaliman. Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain serta mengutamakan rundingan jika menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik dua negara. Seboleh-bolehnya negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan dan sentiasa mengamalkan semangat setiakawan bersifat sejagat. 




 Contoh 3

Terangkan bagaimana Malaysia memainkan peranan dalam memacu  perjuangan pertubuhan ASEAN

Kita  dapat menjalin hubungan baik dengan semua negara anggota serta mengambil bahagian dalam sukan SEA.. Selain itu sentiasa mewujudkan kerjasama dalam bidang politik ekonomi dan sosial  Kita juga cuba menyekat pengaruh menyekat pengaruh komunis.Bersedia menerima bantuan dari segi politik.Bersedia menerima bantuan dari segi ekonomi .Bersedia menerima bantuan dari segi social.Menyertai mesyuarat CHOGM / ketua-ketua kerajaan Komanwel
Menjadi tuan rumah mesyuarat CHOGM .Akur dengan ketetapan deklarasi Langkawi
Memberi bantuan teknikal  dan pendidikan kepada negara-negara anggota.Membantu menjaga keamanan seperti mana dilakuakan di Kampuchea.Usaha-usaha yang dilakukan oleh Malaysia termasuklah menubuhkan dan mengaktifkan ZOPFAN.   
Contoh 4

Jelaskan usaha-usaha Malaysia dalam mewujudkan keamanan serantau.

Jawapan:
·         Menjalankan dasar berbaik-baik dengan semua negara jiran
·         Menjalankan dasar anti komunis
·         menyertai pertubuhan negara-negara asiaTenggara (ASA)
·         Menyertai pertubuhan Maphilindo
·         Menyertai pertubuhan ASEAN
·         Deklarasi Kuala Lumpur 1971
·         Penubuhan ZOPFAN
·         Menyokong  keamanan dan kestabilan rantau  Asia Tenggara
·         Tidak bersekongkol dengan kuasa barat
·         Mengelakkan campurtangan asing
·         Tidak mencampuri  hal ehwal dalaman negara Asia Lain
·         Zon Bebas senjata Nuklear
·         Tidak benarkan kapal kuasa nuklear gunakan laluan Asia Tenggara
·         Hantar pasukan pemerhati ke Kampuchea pada 1990 di bawah panji PBB
·         Kerjasama dalam ekonomi
·         Projek baja urea di Bintulu
·         Terlibat dalam penubuhan AFTA
·         Menubuhkan kerjasama EAEC (Tun Mahathir)
·         Asean + 3 (Jepun , Korea  China)
·         Kerjasama sosial
·         SEAMEO
·         RECSAM
·         Sukan SEA
·         Tahun Melawat ASEAN
·         Piala SUZUKI
CONTOH  5
Soalan:
Setiap pemimpin Malaysia mempunyai dasar luar negara yang berbeza kerana mengikut perkembangan semasa. Jelaskan peranan pemimpin negara kita dalam menentukan halatuju hubungan serantau yang diwujudkan.
Jawapan:
            Dasar luar yang dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahap pertama adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Ini disebabkan oleh timbulnya krisis dengan negara jiran seperti Konfrontasi dengan Indonesia, terputusnya hubungan dengan Filipina dan keluarnya Singapura daripada Malaysia. Untuk memelihara hubungan dengan negara jiran, Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina. MAPHILINDO  pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
            Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Untuk mencapai matlamat tersebut, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau ZOPFAN bersama-sama dengan anggota negara ASEAN.
            Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.
            Dasar luar Malaysia pada tahap ketiga telah mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis-krisis Vietnam dan Kampuchea.








KERTAS 3 SEJARAH SPM (Soalan 3)

SOALAN 3
Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam ASEAN
1. ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau. Jika
dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyak rancangan yang berjaya dilaksanakan
demi kebaikan bersama.
2. Dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November
1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang
dikenali sebagai, Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka sepakat mengisytiharkan negaranegara
ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau lebih dikenali sebagai Zone
of Peace, Free and Neutrality (ZOPFAN). Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk
mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol
dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasakuasa
besar.
3. Walau bagaimanapun, konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh
Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah
berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi
membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera
Norodom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan mesyuarat
ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.
4. Dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan
bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak akan
membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya
untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear. Pengisytiharan ini menunjukkan kepada
dunia akan komitmen negara-negara anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN.
5. Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun,
perkembangan ke arah kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara-negara ASEAN
telah membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea
di Bintulu (Sarawak) serta di Aceh (Indonesia). Kerjasama ekonomi ASEAN cuba difikirkan
melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA)
yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992.
6. Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop
kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea
Selatan. Idea ini yang telah dikemukakan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad
dinamakan Perundingan Ekonomi Asia' Timur atau East Asian Economic Caucus (EAEC).
Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara-negara maju terutamanya
Amerika Syarikat. Tetapi, usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaia kerana kerjasama secara
tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini
merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkon antara negara ASEAN dengan negaranegara
timur, iaitu China, Jepun, dan Korea. Menteri-Menteri Luar negara-negara ini
dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan.
7. Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri-
Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama
dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains
dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia.
8. Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang
kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan
menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen
dan radio dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara
negara melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan kerjasama dijalinkan
dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.
9. Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau

melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran. Ini jelas