Kertas 3
MENJANA IDEA
Contoh 6
Sebagai
wargenegara yang cintakan keamanan, nyatakan harapan anda kepada pemimpin
supaya keamanan serantau berkekalan?
Jawapan
:
Saya mengharapkan agar pengharaman penggunaan
senjata nuklear dikalangan negara-negara maju
dikuatkuasakan secara serta merta. Perlumbaan senjata nuklear dikalangan
negara-negara maju dihentikan. Peperangan yang melibatkan kematian ramai nyawa
yang tidak berdosa dihentikan dan kuasa-kuasa barat juga perlu mengelakkan
peperangan tercetus. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengamalkan kehidupan
bersatu padu dan mencintai keamanan. Setiap kaum mesti saling memahami dan
bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah. Generasi muda Malaysia harus
menghindari penyalah gunaan dadah dan menghormati hak asasi manusia. Sebagai
warga negara Malaysia yang hebat mesti mematuhi undang-undang negara serta
menolak gejala negetif. Selain itu warganegara Malaysia juga mesti secara suka
rela melibatkan diri dalam misi kemanusiaan dan menghormati hak asasi manusia global.
Nilai-nilai kasih sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi melahirkan generasi
muda yang cintakan keamanan. Generasi Malaysia juga berusaha untuk menghindari
pencerobohan kedaulatan negara-negara lain. Setiap wargenegara juga berpegang
kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dan menentang kezaliman. Kita juga
perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain serta mengutamakan rundingan
jika menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik dua negara. Seboleh-bolehnya
negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan dan sentiasa mengamalkan semangat
setiakawan bersifat sejagat.
Contoh
SOALAN 6: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH
NEGARA SERANTAU DAN BAGAIMANA NEGARA KITA MENGATASI CABARAN TERSEBUT.
a)
CABARAN-CABARAN NEGARA SERANTAU
1. Persengketaan
akibat salah faham .
2. Berkongsi
kepentingan atau sempadan.
3. Pencerobohan
nelayan asing dalam perairan negara.
4. Isu
keselamatan maritime seperti tuntutan bertindih antara beberapa Negara jiran seperti di selat Melaka,
diperairan Johor,diperairan Gugusan Semarang Peninju (spratlys ), diperantauan
Sulawesi dan juga ancaman penyusupan melalui Laut sulu oleh kumpulan militant
abu Sayaf.
5. Kemasukan
pendatang asing tanpa izin.
6. Demonstrasi
jalanan.
7. Menjana
kemajuan Negara dari aspek politik,ekonomi dan social.
8. Gejala
rasuah.
9. Penyeludupan
dadah.
10. Pemerdagangan
manusia.
11. Mendapat
pengiktirafan dari negara maju.
12. Masalah
kemiskinan.
13. Masalah
pengangguran.
14. Nilai
mata wang turun naik.
15. Teknologi
atau kemudahan ICT terhad.
16. Persaingan
dari Negara-negara maju.
17. Peluang
menembusi pasaran antarabangsa.
18. Pasaran
terhad
19.
Tekanan
nasionalisme agar Negara serantau diterima setaraf dengan Negara lain di dunia.
20.
Kemampuan
kewangan yang terhad kerana Negara dalam keadaan serba kekurangan.Keadaan
politik tidak stabil dan ekonomi yang begitu lemah.
21.
Rantau
Asia merupakan rantau yang strategik tetapi lemah kerana kucar kacir dan
berpecah belah.Ia merupakan tumpuan perebutan kuasa barat dengan komunis.
22.
Pelbagai
isu yang timbul seperti perebutan sempadan.contoh:isu perebutan pulau batu
putih antara Malaysia dengan singapura.
23.
Perbezaan
pandangan ideology seperti Thailand terikat kuat dengan Amerika Syarikat,
Filipina sebagai “Ranting Asia” Amerika Syarikat manakala Vietnam pula Nasional
Komunis.
24.
Masalah
PATI di Malaysia.
25.
Sektor
buruh dimonopoli oleh warga asing.Contohnya di Malaysia.Terdapat ramai buruh
asing yang bekerja di sektor pembinaan.
26.
Pengaliran wang negara ke negara luar.
27.
Tambakan
laut oleh Singapura yang menyebabkan perairan Malaysia menjadi cetek.
28.
Penyeludupan
subsidi minyak Malaysia ke Negara jiran iaitu Thailand.
29.
Masalah
sosial yang dilakukan oleh warga asing.
30.
Ideologi
politik yang berbeza dalam kalangan Negara
ASEAN.
31.
Dasar
luar yang berbeza dalam kalangan Negara ASEAN.
32.
Dijajah
oleh kuasa barat yang berbeza.
b)
BAGAIMANA MALAYSIA MENGATASI CABARAN
1 .Negara meningkatkan keupayaan dalam aspek
keselamatan dan juga pertahanan maritime.
2. Merealisasikan wawasan 2020.
3.Menjayakan konsep 1 Malaysia.
4. Melahirkan modal insane berkualiti.
5. Memantapkan peranan masyarakat untuk
mengatasi gejala social.
6.Malaysia
telah mencadangkan isu Antartika sebagai warisan dunia,Dasar pandang Ke
Timur,Pelaburan Imbal balik untuk meletakkan
Malaysia setaraf dengan dunia lain.
7.Untuk
mengatasi masalah ekonomi terdapat kerjasama dalam bidang ekonomi seperti
dalam
bidang perkapalan dan penerbangan.
8.Pertukaran
maklumat teknik kepakaran.menggalakkan pelancongan untuk meningkatkan
ekonomi Negara serta menggalakkan pelaburan
syarikat asing ke Malaysia.
9.Terdapat
juga pertukaran tenaga pengajar dari Universiti Filipina dengan Universiti
Malaya.
10.Penubuhan
ZOPFAN.
11.Perjanjian
SEANWFZ untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang bebas dari
nuklear.
12.Menguatkuasakan
Undang-undang.
TERANGKAN
CABARAN YANG DIHADAPI OLEH NEGARA SERANTAU DAN BAGAIMANA NEGARA KITA MENGATASI
CABARAN TERSEBUT.
Antara
cabaran yang dihadapi oleh Negara-negara serantau ialah persengketaan
akibat salah faham dikalangan Negara anggota.Selain itu Malaysia terpaksa berkongsi
kepentingan atau sempadan seperti pencerobohan nelayan asing dalam perairan Negara
dan isu
keselamatan maritime seperti tuntutan bertindih antara beberapa Negara jiran seperti di selat Melaka,
diperairan Johor,diperairan Gugusan Semarang Peninju (spratlys ), diperantauan
Sulawesi dan juga ancaman penyusupan melalui Laut sulu oleh kumpulan militant
Abu Sayaf.Selain itu juga kemasukan pendatang asing tanpa izin untuk mencari
peluang pekerjaan yang membawa kepada perkampungan haram. Negara serantau juga
menghadapi masalah gejala rasuah,penyeludupan dadah,pemerdagangan manusia
,masalah kemiskinan dan masalah pengangguran.Cabaran seterusnya ialah nilai
mata wang turun naik,teknologi atau kemudahan ICT terhad serta menghadapi
persaingan dari Negara-negara maju danpeluang menembusi pasaran antarabangsa.
Antara langkah yang diambil oleh Malaysia
untuk mengatasi cabaran diatasi ialah Negara meningkatkan keupayaan dalam aspek
keselamatan dan juga pertahanan maritime bagi mengelakkan pencerobohan nelayan asing dalam perairan Malaysia.Langkah
kedua, merealisasikan wawasan 2020 untuk melahirkan modal insane yang
berkualiti. seterusnya menjayakan konsep 1 Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan
masyarakat yang berbilang kaum. Seterusnya, peranan masyarakat penting dalam
bersama-sama mengatasi gejala social seperti penyalahgunaan dadah dan
pemerdagangan manusia.Malaysia
telah mencadangkan isu Antartika sebagai warisan dunia,Dasar pandang Ke Timur,Pelaburan Imbal balik untuk meletakkan
Malaysia setaraf dengan dunia lain.Untuk mengatasi masalah ekonomi terdapat
kerjasama dalam bidang ekonomi seperti dalam bidang perkapalan dan penerbangan.Selain
itu juga pertukaran maklumat, teknik kepakaran. Malaysia juga telah menggalakkan
pelancongan untuk meningkatkan ekonomi Negara serta menggalakkan pelaburan
syarikat asing ke Malaysia.Terdapat juga pertukaran tenaga pengajar dari
Universiti Filipina dengan Universiti Malaya.Penubuhan ZOPFAN dan Perjanjian
SEANWFZ untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang bebas dari nuclear.Akhir
sekali Menguatkuasakan Undang-undang untuk mengekalkan keamanan dan kedaulatan
Negara.
Isu dan masalah di peringkat ASEAN dan cara penyelesaian yang dibuat oleh
Malaysia
a)
Isu dan masalah:
·
Isu pelarian
Rohingya di Myanmar
·
Isu tuntutan
Pulau Batu Putih oleh Singapura
·
Pencerobohan
Lahad Datu oleh militan Suluk
·
Kemiskinan Negara
anggota – Vietnam, Kemboja, Myanmar
·
Kebanjiran PATI
ke Negara Malaysia
·
Isu membakar
bendera Negara lain
·
Dadah
·
Pemerdagangan
orang
·
Pencerobohan
perairan antarabangsa
b) Cara
penyelesaian:
·
Perundingan meja
bulat – peranan UNICEF
·
Penyelesaian
melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa
·
Kerjasama
ketenteraan antara dua Negara iaitu Malaysia dan Filipina
·
Kerjasama ekonomi
dalam menarik kemasukan pelabur
·
Menghantar balik
PATI yang datang secara tidak sah
·
Menanam sikap
kejiranan /muhibbah di kalangan rakyat
·
Kerjasama antara
Negara anggota untuk membasmi dadah
·
Kerjasama
ketenteraan dan dalam mengawasi pintu masuk Negara.
CONTOH
CABARAN/ISU/MASALAH/HALANGAN/ANCAMAN
YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA DALAM HUBUNGAN NEGARA SERANTAU
Antara
cabaran yang dihadapi Malaysia adalah pencerobohan wilayah. Contohnya
pencerobohan di Lahad Datu oleh kumpulan minoriti Filipina. Selain itu,
Malaysia juga menghadapi cabaran apabila ruang udara dicerobohi oleh Singapura
untuk melakukan latihan penerbangan.
Malah, telah berlakunya penyeludupan subsidi minyak secara besar-besaran
di kawasan sempadan Malaysia – Thailand. Hal ini, menyebabkan negara terpaksa
menanggung kerugian yang banyak.
Di
samping itu, Malaysia turut berdepan dengan kebanjiran PATI dari negara-negara
serantau misalnya kemasukan pembantu rumah asing dan buruh binaan dari
Indonesia serta Filipina. Sehubungan
dengan itu, sektor perburuhan di Malaysia telah dimonopoli oleh warga asing.
Hal ini sekali gus telah merugikan negara kerana berlaku pengaliran keluar wang
secara berleluasa.
Sementelahan
pula, aktiviti negara serantau seperti Singapura yang membuat tambakan laut
berhampiran perairan negara telah menjadikan kawasan laut cetek, menghalang
laluan kapal besar, menggugat mata pencarian nelayan serta menjejaskan aktiviti
maritim negara. Malahan, isu lain yang turut mengancam keamanan negara adalah
masalah sosial yang ditimbulkan oleh warga asing yang berhijrah ke sini.
Contohnya, berleluasanya aktiviti jenayah. Isu pemerdagangan manusia turut
menjadi ancaman besar kepada negara.
Perbezaan
pandangan ideologi turut menjadi satu isu besar. Contohnya Thailand terikat
kuat dengan Amerika Syarikat, Filipina pula dianggap sebagai “Ranting Asia”
Amerika Syarikat manakala Vietnam dikelompokkan sebagai “National Communist”.
Selain
itu, antara isu besar yang turut dihadapi oleh Malaysia adalah tekanan
nasionalisme negara serantau kerana pertubuhan serantau masih lagi dipandang
rendah oleh pertubuhan antarabangsa yang lain. Malah, dalam hubungan ekonomi
dua hala antara Malaysia dengan pertubuhan dunia, Negara Malaysia sering
dikenakan syarat perdagangan yang tidak adil seperti cukai yang tinggi.
Kedudukan
Malaysia yang berhampiran dengan Negara serantau turut menimbulkan ancaman
lanun kepada penduduk setempat. Di samping itu, penyeludupan beras, mercun dan
senjata api dari Negara-negara jiran atau serantau terpaksa dihadapi oleh
Malaysia. Pelbagai isu lain turut timbul seperti perebutan sempadan. Contoh isu
perebutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura serta konflik Pulau
Sipadan dan Ligitan di Sabah.
Langkah-langkah mengatasi:
-
Malaysia
telah mencadangkan isu Antartika sebagai warisan dunia,Dasar pandang Ke
Timur,Pelaburan Imbal balik untuk meletakkan Malaysia setaraf dengan dunia lain.
-
Untuk
mengatasi masalah ekonomi terdapat kerjasama dalam bidang ekonomi seperti dalam
bidang perkapalan dan penerbangan.
-
Pertukaran
maklumat teknik kepakaran.menggalakkan pelancongan untuk mrningkatkan ekonomi
Negara serta menggalakkan pelaburan syarikat asing ke Malaysia.
-
Terdapat
juga pertukaran tenaga pengajar dari Universiti Filipina dengan Universiti
Malaya.
-
Penubuhan
ZOPFAN.
-
Perjanjian
SEANWFZ untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang bebas dari nuclear.
-
Menguatkuasakan
Undang-undang.
Langkah-langkah Mengatasi
Antara
langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan isu yang sering
menggugat hubungan baik dalam kalangan negara jiran ialah mengadakan rundingan
diplomatik di antara ketua-ketua Negara. Selain itu, Pertubuhan ASEAN juga boleh
memainkan peranan dengan mengadakan mesyuarat dikalangan Menteri.
Dalam
isu pemerdagangan manusia, kerjasama antara pihak polis dan pasukan keselamatan
dalam kalangan Negara serantau direalisasikan. Contohnya gambar-gambar dan
penjenayah di edar kepada pihak berkaitan.
Berkaitan
dengan isu pencerobohan Lahad Datu,peranan Kerajaan Filipina dengan tidak
menyokong dan membantu kumpulan pengganas sangat dialu-alukan.
Selain
itu, isu pendatang asing tanpa izin dapat diselesaikan melalui rundingan antara
Negara. Malaysia mengadakan rancangan Pemutihan dan peluang balik tanpa
dikenakan tindakan.
Malaysia
juga menyerahkan isu tuntutan bertindih seperti isu Pulau Sipadan dan Pulau
Batu Putih kepada Mahkamah Antarabangsa(ICJ) diselesaikan.
Dalam
isu alam sekitar iaitu isu jerebu, pasukan bomba Negara kita telah dihantar ke
Indonesia untuk membantu usaha memadamkan kebakaran.
0 comments:
Post a Comment