Kertas 3
Tugasan
4 Mengaplikasi
Contoh
1
Pada
pandangan anda, apakah faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan pertubuhan
serantau?
Faedah Melalui ASA
Faedah yang diperolehi Malaysia melalui
penyertaan dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ialah dapat membendung
pengaruh dan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) melalui kerjasama negara-negara
anggota. Selain daripada itu Malaysia dapat menjalin kerjasama dalam bidang
ekonomi, sains dan sosial. Negara kita juga dapat kemudahan latihan dan
penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi dikalangan negara anggota. Melalui
pertubuhan ASA juga Malaysia dapat menjamin keselamatan dan kestabilan politik
negara.
Faedah Melalui MAPHILINDO
Faedah yang diperolehi Malaysia melalui
penyertaan dalam pertubuhan MAPHILINDO ialah dapat meningkatkan perhubungan
persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara negara Filipina dan
Indonesia.
Faedah Melalui ASEAN
Faedah yang diperolehi Malaysia melalui
penyertaan dalam pertubuhan ASEAN ialah Malaysia dapat mengekalkan keamanan
apabila negara-negara ASEAN diinstiharkan sebagai Zon Aman, bebas dan
Berkecuali (ZOPFAN) kerana keamanan dan kestabilan politik rantau Asia Tenggara.
Melalui pertubuhan ASEAN, ianya juga akan dapat mewujudkan satu jumlah pasaran
yang luas kerana penduduknya ramai. Negara kita juga dapat mengembangkan
industri secara tidak langsung dapat mengembangkan ekonomi. Disamping itu
Malaysia juga dapat memperolehi faedah dalam bidang pendidikan melalui
Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Negara Malaysia juga dapat
mengadakan festival kebudayaan dan kesenian melalui pertukaran rancangan
televisyen dan radio. Semangat kesukanan dapat merapatkan hubungan Malaysia
dengan negara-negara serantau. Disamping itu sekor perlancongan berkembang
melalui kerjasama pelancongan. Akhir sekali negara Malaysia dapat membendung
pengaruh dan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM).
Contoh
2
Sebagai
warga global yang bertanggungjawab, bagaimanakah negara Malaysia boleh
menumbang kepada kesejahteraan serantau?
Jawapan
:
Sebagai warga global rakyat Malaysia perlu
mengamalkan kehidupan bersatu padu dan mencintai keamanan. Setiap kaum mesti
saling memahami dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah. Generasi muda
Malaysia harus menghindari penyalah gunaan dadah dan menghormati hak asasi
manusia. Sebagai warga negara Malaysia yang hebat mesti mematuhi undang-undang
negara serta menolak gejala negetif. Selain itu warganegara Malaysia juga mesti
secara suka rela melibatkan diri dalam misi kemanusiaan dan menghormati hak
asasi manusia global. Nilai-nilai kasih sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi
melahirkan generasi muda yang cintakan keamanan. Generasi Malaysia juga
berusaha untuk menghindari pencerobohan kedaulatan negara-negara lain. Setiap
wargenegara juga berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dan
menentang kezaliman. Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain
serta mengutamakan rundingan jika menghadapi
sebarang pemasalahan atau konflik dua negara. Seboleh-bolehnya negara Malaysia
perlu mengelakkan peperangan dan sentiasa mengamalkan semangat setiakawan
bersifat sejagat.
Contoh 3
Terangkan bagaimana Malaysia memainkan peranan dalam
memacu perjuangan pertubuhan ASEAN
Kita dapat menjalin hubungan baik dengan semua
negara anggota serta mengambil bahagian dalam sukan SEA.. Selain itu sentiasa
mewujudkan kerjasama dalam bidang politik ekonomi dan sosial Kita juga cuba menyekat pengaruh menyekat
pengaruh komunis.Bersedia menerima bantuan dari segi politik.Bersedia menerima
bantuan dari segi ekonomi .Bersedia menerima bantuan dari segi social.Menyertai
mesyuarat CHOGM / ketua-ketua kerajaan Komanwel
Menjadi
tuan rumah mesyuarat CHOGM .Akur dengan ketetapan deklarasi Langkawi
Memberi
bantuan teknikal dan pendidikan kepada
negara-negara anggota.Membantu menjaga keamanan seperti mana dilakuakan di
Kampuchea.Usaha-usaha yang dilakukan oleh Malaysia termasuklah menubuhkan dan
mengaktifkan ZOPFAN.
Contoh
4
Jelaskan usaha-usaha
Malaysia dalam mewujudkan keamanan serantau.
Jawapan:
·
Menjalankan dasar
berbaik-baik dengan semua negara jiran
·
Menjalankan dasar anti
komunis
·
menyertai pertubuhan
negara-negara asiaTenggara (ASA)
·
Menyertai pertubuhan
Maphilindo
·
Menyertai pertubuhan
ASEAN
·
Deklarasi Kuala Lumpur
1971
·
Penubuhan ZOPFAN
·
Menyokong keamanan dan kestabilan rantau Asia Tenggara
·
Tidak bersekongkol
dengan kuasa barat
·
Mengelakkan
campurtangan asing
·
Tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara Asia Lain
·
Zon Bebas senjata
Nuklear
·
Tidak benarkan kapal
kuasa nuklear gunakan laluan Asia Tenggara
·
Hantar pasukan
pemerhati ke Kampuchea pada 1990 di bawah panji PBB
·
Kerjasama dalam ekonomi
·
Projek baja urea di
Bintulu
·
Terlibat dalam
penubuhan AFTA
·
Menubuhkan kerjasama
EAEC (Tun Mahathir)
·
Asean + 3 (Jepun ,
Korea China)
·
Kerjasama sosial
·
SEAMEO
·
RECSAM
·
Sukan SEA
·
Tahun Melawat ASEAN
·
Piala SUZUKI
CONTOH
5
Soalan:
Setiap pemimpin Malaysia mempunyai dasar luar negara yang berbeza kerana
mengikut perkembangan semasa. Jelaskan peranan pemimpin negara kita dalam
menentukan halatuju hubungan serantau yang diwujudkan.
Jawapan:
Dasar luar yang
dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahap pertama adalah berbaik-baik
dengan negara jiran. Ini disebabkan oleh timbulnya krisis dengan negara jiran
seperti Konfrontasi dengan Indonesia, terputusnya hubungan dengan Filipina dan
keluarnya Singapura daripada Malaysia. Untuk memelihara hubungan dengan negara
jiran, Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan
Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina.
MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama
Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand,
Indonesia, Filipina dan Singapura.
Menjelang tahun 1970-an,
dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik
dengan semua negara. Untuk mencapai matlamat tersebut, beberapa usaha telah
dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau ZOPFAN
bersama-sama dengan anggota negara ASEAN.
Malaysia mengadakan
hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976. Masalah pelarian Vietnam di
Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.
Dasar luar Malaysia pada
tahap ketiga telah mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan
kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu
perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam usaha mencapai matlamat dasar
tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara
ASEAN seperti menyelesaikan krisis-krisis Vietnam dan Kampuchea.
0 comments:
Post a Comment