SOALAN 3
Peranan dan Sumbangan
Malaysia dalam ASEAN
1. ASEAN dapat dilihat
sebagai asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau. Jika
dilihat dari awal
penubuhannya hingga kini, banyak rancangan yang berjaya dilaksanakan
demi kebaikan bersama.
2. Dalam Mesyuarat
Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November
1971, satu deklarasi
bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang
dikenali sebagai, Deklarasi
Kuala Lumpur. Mereka sepakat mengisytiharkan negaranegara
ASEAN sebagai zon aman,
bebas dan berkecuali atau lebih dikenali sebagai Zone
of Peace, Free and
Neutrality (ZOPFAN). Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk
mengekalkan keamanan dan
kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol
dengan mana-mana blok Barat
atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasakuasa
besar.
3. Walau bagaimanapun,
konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh
Kampuchea pada tahun 1978
dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah
berusaha untuk mengatasi
masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi
membentuk kerajaan
Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera
Norodom Sihanouk. Vietnam
telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan mesyuarat
ini telah diadakan di Kuala
Lumpur pada tahun 1982.
4. Dalam mesyuarat pada
tahun 1984, Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan
bahawa ASEAN ialah Zon
Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak akan
membenarkan mana-mana kapal
menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya
untuk mengangkut bahan atau
senjata nuklear. Pengisytiharan ini menunjukkan kepada
dunia akan komitmen
negara-negara anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN.
5. Walaupun agenda utama
ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun,
perkembangan ke arah
kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara-negara ASEAN
telah membentuk kerjasama
dalam projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea
di Bintulu (Sarawak) serta
di Aceh (Indonesia). Kerjasama ekonomi ASEAN cuba difikirkan
melalui zon Kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA)
yang telah diumumkan dalam
Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992.
6. Malaysia juga telah
mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop
kerjasama ekonomi bagi
rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea
Selatan. Idea ini yang
telah dikemukakan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad
dinamakan Perundingan
Ekonomi Asia' Timur atau East Asian Economic Caucus (EAEC).
Walau bagaimanapun, idea
ini telah ditentang oleh negara-negara maju terutamanya
Amerika Syarikat. Tetapi,
usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaia kerana kerjasama secara
tidak rasmi tetap terus
diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini
merujuk pada kerjasama yang
ingin diwujudkon antara negara ASEAN dengan negaranegara
timur, iaitu China, Jepun,
dan Korea. Menteri-Menteri Luar negara-negara ini
dijemput menghadiri siri
perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan.
7. Kerjasama dalam bidang
pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri-
Menteri Pelajaran ASEAN
(SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama
dalam semua bidang yang
berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains
dan Matematik (RECSAM) di
Pulau Pinang, Malaysia.
8. Kerjasama lain yang
dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang
kebudayaan dan sosial
seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan
menubuhkan Tabung
Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen
dan radio dijalankan. Sukan
SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara
negara melalui semangat
kesukanan. Dalam bidang pelancongan kerjasama dijalinkan
dengan mengadakan Tahun
Melawat ASEAN pada tahun 1992.
9. Malaysia telah memainkan
peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau
melalui dasar berbaik-baik
dengan negara jiran. Ini jelas
0 comments:
Post a Comment