Pages

Tuesday, 10 April 2012

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring





Perlawanan Persahabatan Bola Jaring bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun telah diadakan antara SMKBS dan SMK Seksyen 17. Kedua-dua perlawanan telah dimenangi oleh SMKBS. Tahniah dan syabas diucapkan.

Jurulatih dan guru pembimbing : Cik Nurul 'Ain Bt Ibrahim

Perasmian Minggu PSS

Bertempat di Dewan Budiman SMKBS, Majlis Pelancaran Minggu PSS dan Program Nilam Peringkat Sekolah 2012 telah dirasmikan oleh Pengetua SMKBS, Pn Hapsah Bt Safian. 

Tema Minggu PSS bagi tahun ini adalah "Transformasi Ilmu Melonjakkan Tamadun Negara". Program NILAM adalah singkatan bagi " Nadi Ilmu Amalan Membaca " merupakan program galakan membaca yang dijalankan di semua sekolah seluruh Malaysia. Setiap pelajar DIWAJIBKAN mengambil bahagian dalam program ini bagi melahirkan individu yang gemar membaca dan seterusnya wujud budaya membaca dalam masyarakat.
 Simbolik perasmian Minggu PSS










Thursday, 5 April 2012

Choral Speaking

 Tahniah kepada pasukan choral speaking SMKBS 2012 kerana mendapat NAIB JOHAN


Sebahagian pelajar-pelajar 4A dan 4B


Guru pembimbing : Pn Wong Lai Leng dan Pn Mani Megalai

Tuesday, 3 April 2012

Kempen Budaya Kelas

 Murid-murid khusyuk mendengar ucapan daripada Pengetua SMKBS


 Ucapan Pengetua SMKBS, Pn Hapsah Bt Safian

Kempen Budaya Kelas :

1) Hormat Guru
2) Senyap
3) Buku sentiasa di atas meja
4) Kelas sentiasa bersih dan ceria
5)Duduk di tempat masing-masing


Semua ketua tingkatan menerima helaian kempen Budaya Kelas untuk ditampal di dalam kelas

Monday, 2 April 2012

Kempen Derma Darah Sempena Hari Polis Ke-205



 













 Dirasmikan oleh YDH ACP Yahaya Bin Ramli (Ketua Polis Daerah Subang Jaya)


 Penyampaian cenderamata kepada Pn Hapsah Bt Safian (Pengetua SMK Bandar Sunway)











 Antara guru-guru SMKBS yang menderma darah



 Antara penduduk yang menderma darah



 Madam Ong Chong Swen (Penyelaras Parlimen Kelana Jaya) turut memeriahkan suasana




 Antara anggota polis yang menderma darah




 YDH ACP Yahaya Bin Ramli memerhatikan petugas menjalankan tugas mereka


Masih mampu tersenyum~




 Sumbangan kepada penderma darah



Tuesday, 20 March 2012

SPM?


adakah anda begini kerana esok keputusan SPM akan keluar?


walau apa pun perasaan anda ketika ini...esk anda perlu menghadapinya dengan tenang..


 


Di sini terdapat sedikit TIPS untuk mengambil result dan diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu anda..=)

1. Sebelum keluar rumah, jangan lupa salam dengan ibu bapa untuk amik berkat dan doa dari mereka supaya dapat keputusan straight "A". jangan ler minta doa lulus exam je... straight "D" pun lulus juga..betul x?

2. Semasa dalam perjalanan ke sekolah, selawat atas nabi dan banyak kan berzikir memuji nama Allah. dan sambil tu kita selangi dengan doa dari Allah semoga dengan apa yang Allah kurniakan untuk kita, kita sentiasa redha dengan pemberian nya. Bersyukur dengan result yang akan diperolehi.

3. Sampai sahaja di sekolah, jangan jadi gelojoh sangat terus dapat kan Result Exam. Jumpa la guru-guru dahulu. Minta salam maaf dan berkat dari mereka. Jangan lupa! Guru juga ibarat ibu bapa ke- 2 selain dari ibu bapa kita di rumah.

4. Sepanjang beratur, pasanglah "nazar" (niat) jika Result Exam memberansangkan, anda nak berbuat sesuatu untuk Result tersebut. Contoh nya : Ya Allah, jika keputusan aku ini straight "A" aku mahu berpuasa selama seminggu / aku mahu sedekahkan makanan di masjid, dan sebagainya.

5. Sesudah dapat Result Exam, mulakan dengan kalimah bismillah dan redha apa yang anda terima.dan berkata lah dalam hati,
"INI LAH USAHA AKU SELAMA NI". ingat !!! jadikan pengajaran (pada result yang terlungkup) dan jadikan pendorong semangat (pada result yang mantapp) untuk EXAM di Universiti nanti.

6.  Tip terakhir ini adalah, jangan lupa sampaikan pada adik-adik anda bila sampai di rumah nanti.

"Adik, PMR nanti jangan main-main ya.Belajar sungguh-sungguh. Jangan jadi macam akak/abg kamu ni.
[ untuk yang dapat result hancur lebur. hahahhaaa ]

"Adik, cuba tengok result akak/abg. Hebat tak !!! akak/abg cabar adik lawan result akak/abg ni...akak/abg tahu adik mesti boleh buat mcm ni juga.....
[ untuk result superrbbbb dan memang mantop la ]



Sumber : di edit daripada http://www.armujahid.com